Tuesday, 1 July 2014

Tamadun Islam Dan Tamadun Asia (MPU3123) Lecturer - Mr Firdaus Ramli


PENGENALAN

Pengajian ini membincangkan tentang tamadun dan ketamadunan, mengenal pasti kriteria dan asas
rujukan sesuatu tamadun. Secara teorinya, pengajian ketamadunan, disamping bersifat saling
berkait antara disiplin, juga merentasi perbincangan tentang masa lampau, masa kini dan masa
depan.

RINGKASAN MODUL

SINOPSIS MODUL 
Kursus ini memfokuskan pembinaan dan perkembangan tamadun Islam dan tamadun-tamadun Asia 
lain iaitu Melayu, India dan Cina. Pengajian tamadun ini diperkenalkan di peringkat universiti atas 
kesedaran bahawa para pelajar mestilah memahami latar belakang pemikiran, pembudayaan dan 
sejarah dalam tamadun-tamadun besar. Pengetahuan ini penting untuk memupuk semangat 
persefahaman yang tulen dan sikap hormat menghormati di kalangan rakyat pelbagai agama, kaum 
dan budaya. Selain itu para siswazah juga diharap mempunyai fikiran yang luas dan berpandangan 
global di samping menghayati nilai-nilai murni sejagat. 

OBJEKTIF MODUL
Objektif mata pelajaran ini ialah untuk memperkenalkan kepada pelajar tentang ilmu ketamadunan 
yang mencakupi pengenalan ilmu ketamadunan, interaksi antara pelbagai tamadun, Isu-isu 
kontemporari dan implikasinya kepada proses pembangunan Negara di samping melahirkan pelajar 
yang mempunyai sikap hormat menghormati, mengamalkan nilai-nilai murni dan mempunyai jati diri 
sebagai warganegara. 

HASIL PEMBELAJARAN 
Di akhir kursus ini, kami akan dapat:
1. Menyenaraikan konsep-konsep utama Tamadun Islam dan Tamadun Asia
2. Menerangkan kepentingan dan peranan agama dan budaya masing-masing dalam 
kehidupan
3. Mengaplikasi kemahiran komunikasi secara berkesan dalam penulisan dan lisan di peringkat 
individu, kumpulan dan masyarakat.


TUGASAN BERKUMPULAN
              Tugasan adalah tempat dimana kami dapat mengaplikasikan apa yang dipelajari ke dalam dunia sebenar. Kami telah membentuk kumpulan yang terdiri 10 orang. Dalam kumpulan yang telah dibentuk, kami dikehendaki untuk menjalankan kajian ilmiah berkaitan tentang isu-isu pandangan semesta cina yang berkait dengan tamadun Islam dan tamadun Asia. Tugasan kami adalah menghasilkan dokumentari / video berkaitan dengan kajian yang telah dijalankan. Tugasan ini telah diselesaikan dan telah dicatatkan dalam 'link' http://www.youtube.com/watch?v=8MGfs8HxYlk

No comments:

Post a Comment